ShoutMix chat widget

kekasih kekasih gelap :)

Tuesday, November 29

LELAKI DULU dan KINI

Dulu,
bila di sebut lelaki,
wanitanya mendongak megah
lelaki kami asadullah,saifullah
tokoh ramai tak terkira
kini,
bila di sebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya boneka yahudi
dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya tenang di hati,
lelaki kami menjaga,melindungi,
kini,
bila di sebut lelaki,
wanitanya mahu cabut lari
lelaki khianat,perogol bersiri
dulu,
bila seorang wanita teraniaya
sepasukan kuda putih membela
al mu’tasim kebanggan wanita
kini,
ribuan wanita suci di penjara
Fatimah di perkosa minta di bela
Lelaki tunduk tak bertenaga
Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapa berani mengoda
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya di biar bebas,binasa
Dulu,
Lelaki mengadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu,dunia dan seisinya
Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan,tenaga tak dikerah
Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al farouq,zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan dirinya dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.
Dulu,
Lelaki bersatu untuk menghadapi musuh
Angkatanya kuat dan teguh
Kini lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesame sendiri saling bertingkah

Kembalilah lelakiku,
Pada kelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan madrasah rasul.

No comments:

Post a Comment