ShoutMix chat widget

kekasih kekasih gelap :)

Monday, October 11

sebab mata LELAKI suke tengok badan perempuan






Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.Jika ia ada hubungkait dengan nafsu
,ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu,
mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintahAllah dan RasulNya dan menjauhilaranganNya.

Pada mata lelaki,
perempuan ini adalah simbol
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorangperempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan,
maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara olehseorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup,
 maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya
,maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan
 dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kainyang agak ketat 
sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, 
kerana terus-terang pihak lelaki bercakap,
walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,
walau nampak besar sedikit,
nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan,
entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal,
setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa,
menutup kakinya dengan melabuhkan kain,
atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah,
agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah,
kecuali jika kamu wahai lelaki,
ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh,
takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,
iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan 
jikaia terlihat warna yang menyerlah atau terang 
jika ianya berada pada perempuan..

Maka oleh itu wahai perempuan,
tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun,
pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah,
jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu
 dan perlu diingatkan,
 jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai,
perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,
keluarlah dengan mahram,
atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar,
mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah
"Dan tundukkanlah pandanganmudan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudungmasih beliau tidak menutup aurat, 
dan pada kaumlelaki, 
mata kamu itu wajib untuk tidakmencuri2 melihat wanita muslimah, 
kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.




Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.

Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..

Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga


No comments:

Post a Comment